Dunia hari ini, semakin moden semakin bertambah moden segala macam “maksiat” dan permodenan hukum ALLAH juga semakin meningkat oleh beberapa golongan yang agaknya sudah terlalu alim sehingga hukum sendiri diguna pakai dan hukum ALLAH ditolak tepi. Naudzubillah min zalik.
Berbalik kepada LGBT, apakah maksud sebenar di sebalik singkatan empat angka LGBT ni? Lesbian Gay Bioseksual Transgender yang menjadi pilihan ramai manusia hari ini, baik Melayu, Cina dan India yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu. Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah, naudzubillah min zalik. Amat memalukan apabila rata-ratanya adalah orang Melayu. Ternyata di sini Islam hanya pd nama dan Melayu hanyalah gelaran bangsa yang tercatit pada kad pengenalan semata-mata.
Apa nak jadi dengan dunia hari ini? hamba-hamba ALLAH berani-berani mencari kemurkaanNYA. Apakah sudah terlalu banyak kebaikan yang dilakukan? Apakah pahala sudah penuh di dada sehingga tidak segan silu mencari kemurkaan ALLAH? hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya. Perkara ini termasuk dalam mengubah ciptaan ALLAH yang mana manusia sangat terdorong dengan hasutan syaitan yang nyata-nyata menyesatkan mereka dan jauh tersimpang dari Sirotol Mustaqim (Jalan yang lurus) yang berlandaskan Syariat Islamiah yang betul. Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan. Manusia mempunyai bentuk fizikal yang terbaik berbanding dengan bentuk fizikal makhluk Allah yang lain. Tetapi terdapat manusia yang tidak berpuashati dengan rupa dan bentuk yang telah Allah ciptakan untuknya. Manusia sebegini, sebahagiannya akan mengubah bahagian-bahagian tubuh badannya melalui pelbagai cara bagi memperolehi bentuk tubuh yang memuaskan hatinya, dan hasilnya ini lah yang terbentuk; LGBT.
Beberapa Nas Al-Quran dan Al-Hadith yang nyata-nyata mengharamkan pengubahan ciptaan ALLAH ini. Antaranya :-
Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. (Surah al-Nisa’:119)
Dalam ayat di atas, syaitan telah menyatakan mengenai agenda kerjanya untuk meyesatkan anak Adam. Di antara tugas yang akan dilakukannya ialah menyuruh manusia supaya mengubah ciptaan ALLAH s.w.t. Dari ayat ini dapat difahami bahawa orang yang mengubah ciptaan Allah merupakan orang yang telah terpengaruh dengan bisikan syaitan dan orang ini telah melakukan perbuatan yang haram.
Abdullah bin Mas‘ud berkata:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Maksudnya: Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.
Berdasarkan kepada riwayat di atas, membuat tatu, mencabut bulu-bulu yang terdapat di muka termasuk kening, menjarangkan gigi merupakan yang dilaknat oleh Allah kerana ia adalah mengubah ciptaanNya. Oleh itu, segala bentuk perbuatan mengubah ciptaan Allah adalah haram. Begitu juga dengan kes LGBT, juga termasuk dalam mengubah ciptaan ALLAH S.W.T
PENDAPAT ULAMA’ MENGENAI PERBUATAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
Ulama Islam bersepakat bahawa mengubah ciptaan ALLAH dengan tanpa sebarang tujuan adalah haram. Mereka bersepakat bahawa memotong rambut, mengerat kuku, berkhatan, berinai bagi wanita dan mewarnakan rambut dengan selain dari warna hitam adalah diharuskan serta tidak termasuk di dalam larangan ini. Mereka juga bersepakat bahawa mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan adalah dibolehkan . Tetapi mereka berselisih pendapat dalam menentukan keperluan yang mengharuskan perbuatan mengubah ciptaan Allah. Perbincangan mereka mengenai persoalan ini adalah seperti berikut:
1. Menurut Abu Ja'far al-Tabari, tidak harus seseorang yang mempunyai anggota badan yang lebih atau mempunyai anggota yang cacat membuang atau mengubahnya kecuali dalam keadaan anggota tersebut boleh membahayakannya atau menyakitinya .
2. Menurut sebahagian ulama mazhab Maliki, harus bagi seorang wanita itu mengubah mana-mana anggota badan termasuklah bertatu untuk tujuan berhias kepada suami kecuali dia dilarang dari membotakkan kepalanya. Menurut mereka, larangan yang terdapat dalam hadis di atas terbatas kepada wanita yang mengubah ciptaan Allah dengan bertujuan untuk mengaburi mata orang lain supaya mengahwininya dengan mahar yang tinggi .
3. Menurut al-Nawawi, digalakkan bagi wanita yang mempunyai misai dan janggut mencabutnya . Perbuatan sebegini walaupun termasuk dalam mengubah ciptaan Allah tetapi diharuskan.
No comments:
Post a Comment