Sunday, 15 April 2012

“LGBT” MERUNCING HUKUM ALLAH DIKETEPIKAN


Dunia hari ini, semakin moden semakin bertambah moden segala macam “maksiat” dan permodenan hukum ALLAH juga semakin meningkat oleh beberapa golongan yang agaknya sudah terlalu alim sehingga hukum sendiri diguna pakai dan hukum ALLAH ditolak tepi. Naudzubillah min zalik.

Berbalik kepada LGBT, apakah maksud sebenar di sebalik singkatan empat angka LGBT ni? Lesbian Gay Bioseksual Transgender yang menjadi pilihan ramai manusia hari ini, baik Melayu, Cina dan India yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu. Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah, naudzubillah min zalik. Amat memalukan apabila rata-ratanya adalah orang Melayu. Ternyata di sini Islam hanya pd nama dan Melayu hanyalah gelaran bangsa yang tercatit pada kad pengenalan semata-mata.

Apa nak jadi dengan dunia hari ini?  hamba-hamba ALLAH berani-berani mencari kemurkaanNYA. Apakah sudah terlalu banyak kebaikan yang dilakukan? Apakah pahala sudah penuh di dada sehingga tidak segan silu mencari kemurkaan ALLAH? hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya. Perkara ini termasuk dalam mengubah ciptaan ALLAH yang mana manusia sangat terdorong dengan hasutan syaitan yang nyata-nyata menyesatkan mereka dan jauh tersimpang dari Sirotol Mustaqim (Jalan yang lurus) yang berlandaskan Syariat Islamiah yang betul. Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan. Manusia mempunyai bentuk fizikal yang terbaik berbanding dengan bentuk fizikal makhluk Allah yang lain. Tetapi terdapat manusia yang tidak berpuashati dengan rupa dan bentuk yang telah Allah ciptakan untuknya. Manusia sebegini, sebahagiannya akan mengubah bahagian-bahagian tubuh badannya melalui pelbagai cara bagi memperolehi bentuk tubuh yang memuaskan hatinya, dan hasilnya ini lah yang terbentuk; LGBT. 

Beberapa Nas Al-Quran dan Al-Hadith yang nyata-nyata mengharamkan pengubahan ciptaan ALLAH ini. Antaranya :-

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. (Surah al-Nisa’:119)

Dalam ayat di atas, syaitan telah menyatakan mengenai agenda kerjanya untuk meyesatkan anak Adam. Di antara tugas yang akan dilakukannya ialah menyuruh manusia supaya mengubah ciptaan ALLAH s.w.t. Dari ayat ini dapat difahami bahawa orang yang mengubah ciptaan Allah merupakan orang yang telah terpengaruh dengan bisikan syaitan dan orang ini telah melakukan perbuatan yang haram.


Abdullah bin Mas‘ud berkata:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ 
Maksudnya: Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah. 

Berdasarkan kepada riwayat di atas, membuat tatu, mencabut bulu-bulu yang terdapat di muka termasuk kening, menjarangkan gigi merupakan yang dilaknat oleh Allah kerana ia adalah mengubah ciptaanNya. Oleh itu, segala bentuk perbuatan mengubah ciptaan Allah adalah haram. Begitu juga dengan kes LGBT, juga termasuk dalam mengubah ciptaan ALLAH S.W.T

PENDAPAT ULAMA’ MENGENAI PERBUATAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH

Ulama Islam bersepakat bahawa mengubah ciptaan ALLAH dengan tanpa sebarang tujuan adalah haram. Mereka bersepakat bahawa memotong rambut, mengerat kuku, berkhatan, berinai bagi wanita dan mewarnakan rambut dengan selain dari warna hitam adalah diharuskan serta tidak termasuk di dalam larangan ini. Mereka juga bersepakat bahawa mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan adalah dibolehkan . Tetapi mereka berselisih pendapat dalam menentukan keperluan yang mengharuskan perbuatan mengubah ciptaan Allah. Perbincangan mereka mengenai persoalan ini adalah seperti berikut:

1. Menurut Abu Ja'far al-Tabari, tidak harus seseorang yang mempunyai anggota badan yang lebih atau mempunyai anggota yang cacat membuang atau mengubahnya kecuali dalam keadaan anggota tersebut boleh membahayakannya atau menyakitinya .

2. Menurut sebahagian ulama mazhab Maliki, harus bagi seorang wanita itu mengubah mana-mana anggota badan termasuklah bertatu untuk tujuan berhias kepada suami kecuali dia dilarang dari membotakkan kepalanya. Menurut mereka, larangan yang terdapat dalam hadis di atas terbatas kepada wanita yang mengubah ciptaan Allah dengan bertujuan untuk mengaburi mata orang lain supaya mengahwininya dengan mahar yang tinggi .

3. Menurut al-Nawawi, digalakkan bagi wanita yang mempunyai misai dan janggut mencabutnya . Perbuatan sebegini walaupun termasuk dalam mengubah ciptaan Allah tetapi diharuskan.










Sunday, 8 April 2012

7 Perkata yang WAJIB Kita Ingati Selalu


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata:
“Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka

2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang diatasku

3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan

4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya

5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia

6. Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek

7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.


Saturday, 7 April 2012

MENGUBAT PENYAKIT MULUT


Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. 

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba.

Thursday, 5 April 2012

Surat Peringatan Rasulullah Kepada Pemerintah yang Mempunyai Kekuasaan

Ketika mengurusi politik luar negara, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat-surat diplomatik, melalui utusan diplomatik baginda yang mana kandungannya mengajak pemimpin dan rakyat negara lainnya untuk memeluk agama Islam.

Sebagai ketua Negara, Rasulullah SAW adalah Amirul Jihad (ketua/pemimpin perang) dalam pelbagai pertempuran dan mengangkat beberapa orang sahabat baginda sebagai Komandan di dalam beberapa peperangan.


Baginda mengutus Hamzah bin Abdul Muthalib dan sahabat lainnya dalam pasukan perang menyerang Quraisy, mengutus antara lain Zaid bin Haritsah menyerang Rom, Khalid bin Walid menyerang Dumatul Jandal dan banyak lagi.


Kesemua hal ini hanya boleh/layak dilakukan oleh seorang Ketua Negara dan semua fakta ini merupakan hakikat yang tidak boleh dibantah bahawa Madinah adalah sebuah Negara Islam dengan Ketua Negaranya adalah Rasulullah SAW.


Bermula dari hijrah Rasulullah SAW yang keluar dari Negara Kufur menuju tegaknya Negara Islam, agama Islam yang sebelum itu hanya menjadi anutan pengikutnya sahaja kemudian telah bertukar menjadi agama yang memerintah negara dan memerintah dunia.


Agama suci ini telah zahir di atas agama-agama yang lain dengan peranan Negara (pemimpin) yang menerap dan mendakwahkannya ke seluruh pelosok dunia. Namun malangnya, sejak kejatuhan Negara Islam lebih kurang 88 tahun Hijrah yang lalu (28 Rajab 1342H), agama Islam sudah tidak lagi memimpin dunia kerana tidak ada lagi Negara (pemimpin) yang menerap dan mendakwahkannya.Umat Islam pula sering dipalingkan dari makna hijrah yang sebenar oleh para pemimpin dan oleh ulama su’ (buruk) sehingga sudah tidak ada kesedaran dari sebahagian besar umat Islam bahawa hijrah Rasulullah adalah sesungguhnya bermaksud keluar dari Negara Kufur menuju Negara Islam, dan ini merupakan sebuah kewajipan.


Adapun kewajipan mendirikan Negara Islam (Khilafah) adalah merupakan konsekuensi dari kewajipan menerapkan seluruh syariah Islam sebagai bukti keimanan seorang Muslim kepada Allah SWT. Keberadaan negara (kekuasaan) adalah hal yang mutlak untuk itu.


Kewajipan menegakkan syariah Islam dalam pemerintahan seperti menerapkan hudud Allah, qisas, ta’zir, menetapkan mata wang berdasarkan dinar (emas) dan dirham (perak), mengadili pihak yang bersengketa, menjatuhkan hukuman terhadap pelaku jenayah, mengirim pasukan perang, menjamin pendistribusian harta di tengah-tengah masyarakat, menjamin keperluan pokok (basic needs) rakyat, mengambil jizyah, kharaj, ghanimah, jihad dan banyak lagi adalah termasuk dalam bidangkuasa (authority) negara, bukannya bidang kuasa mana-mana kelompok atau individu.


Negara Islam (Khilafah) wajib mengembang dakwah Islam ke seluruh dunia dengan metode yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, iaitu jihad fi sabilillaah. Sebelum melakukan perang (jihad fi sabilillah), Negara Islam (Khilafah) terlebih dulu menawarkan beberapa tawaran alternatif:(1) memeluk Islam; (2) bergabung dan tunduk terhadap Daulah Islamiyah serta bagi ahl adz-dzimmah diberi kebebasan untuk menganut agamanya masing-masing dengan membayar jizyah; (3) jika dua pilihan tersebut ditolak, secara syar‘î Daulah Islamiyah berhak memerangi mereka dengan jihad fi sabilillah.Berikut Surat-Surat Rasulullah SAW yang diutus dengan cop rasminya.1. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Heraclius: Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi R.A. diutuskan kepada Qaisar (Maharaja Rom).



Terjemahan Melayu:- Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Daripada Muhammad Rasulullah kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, amma ba`du, maka sesungguhnya aku memuji kepadaMu Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya Dialah Al-Malik, Al-Quddus, As-Salaam, Al-Mukmin, Al-Muhaimin, Aku bersaksi bahawasanya `Isa bin Maryam ialah roh Allah dan KalimahNya yang diletakkannya kepada Maryam Al-Batul At-Taiyyibah Al-Hasinah (yang terpelihara dari sebarang tuduhan) lalu dia mengandungkan `Isa daripada rohNya dan tiupanNya sebagaimana Dia menciptakan Adam dengan tanganNya, dan sesungguhnya aku menyerumu kepada Allah yang satu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, dan agar saling berwala` atas ketaatan kepadaNya dan jika engkau mengikutiku dan beriman dengan apa yang telah datang kepadaku kerana sesungguhnya aku ialah Rasulullah dan aku menyerumu dan tentera-tenteramu kepada Allah `Azza wa Jalla, dan sesungguhnya aku telah sampaikan dan aku telah beri nasihat maka terimalah nasihatku, dan sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk. Wahai para pemerintah yang memegang tampuk kekuasaan ketika ini! Kalian telah di izinkan Allah Azza Wa Jalla untuk memegang kuasa selama yang Allah kehendaki, maka ambillah Al Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk dalam pemerintahan. Nescaya malapetaka umat ketika ini akan terpadam dan sinar kemuliaan akan datang. Jika kalian meninggalkan Al Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk dalam pemerintahan, maka umat bersaksi atas kalian ketika mana pemerintahan kalian diangkat. Seisi langit dan bumi tidak memandang kalian kecuali dengan penuh kehinaan seperti keadaan Hosni Mubarak,Ben Ali,Muammar Gaddafi,Ali Abdullah Salleh,yang menyoroti titik akhir kejatuhan, Bashar Assad dan sekalian pemimpin yang akan diangkat kekuasannya kelak. Janganlah sekali-kali kalian menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agama Allah! Janganlah sekali-kali kalian menjadi penghalang kepada usaha menegakkan Khilafah. Sesungguhnya dosa dan azab yang pedih dari Allah Azza Wa Jalla akan menimpa sesiapa sahaja yang menjadi penghalang tegaknya agama Allah. Allah benar-benar berkuasa ke atas kalian wahai para pemerintah!” 


Renungan Buat Insan Bernama MANUSIA


Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….